Tuesday 26 January 2016

My Latte Quest : Kueh 13


KUEH


Kueh
Jalan Renang 13/26,
Seksyen 13 Shah Alam,
Selangor.

Open from 10:00am - 10:00pm


Mengopi kali pertama di tahun baru. Kali ni mengopi di Kueh Seksyen 13. Specialty nya bukan kopi tapi kuih-muih tradisional. Tapi apa salahnya mencuba latte di sini. 


Tadaaa!! My latte yang berharga RM8.00. Perkara paling excited nak tengok bila latte sampai ke meja adalah latte art nya. Nice la jugak. 


Banyak betul choice kuih-muih tradsional kat sini. Semuanya menarik! Harganya agak mahal, 5 biji RM4, 10 biji RM7. Tolak darab bahagi campur, 80sen sebiji. Kalau kat kedai biasa 40sen sebiji pun boleh dapat. Hmmm.. Sekali-sekala nak makan kuih kat cafe hipster apa salahnya. Tapi kalau dua kali dua kala, kopak la poket especially poket suami, bukan poket sendiri yer.. HAHAHAA..


5 biji sorang. Pilih saja yang mana tekak terasa nak makan. Kuih talam macam-macam talam ada, kuih koci, seri muka, kuih bom, kuih lapis, akok. Macam-macamlah yang ada dan yang pastinya sedap, cukup lemak, cukup manis.


Bab beverages pula macam-macam pilihan yang ada. Paling murah RM5 dan paling mahal RM13. Standard hipster la. HIHIHII.. Tak berani nak cuba Mint Mocktail yang Alin minum tu, walaupun baik untuk kesihatan. Macam pahit, macam berangin sangat jer.


Bab tangkap gambar takleh nak cakap apa la. Memang lama! HAHAHAA.. Dah tak peduli meja sekeliling duk pandang-pandang. Do things that makes you happy and this is my happiness.


Ni kira late lunch la, me makan laksam and Alin makan laksa utara. Dua-dua sedap!! Kuah laksa cukup masam, kuah laksam cukup lemak! Laksam RM6 je, jadi next time kalau craving nak makan laksam boleh la makan kat Kueh. Sedap!


Another lovely lepak session with Alin. Ada saja gossip yang nak diborak. 


Alhamdulillah..

MY LATTE QUEST:
Kueh 13 ~ Checked!!
Kuih-muih Mahal ~ Checked!!


Sebelum sampai ke Kueh, sempat layan aiskrim asam boi. Homemade, made by yours truly... me! Kalau nak rasa boleh singgah di Junction at 11, Seksyen 11 Shah Alam. Gerai No 2. (^__^)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wELcomE

I still fall on my face sometimes and I.. Can't color inside the lines 'cause.. I'm perfectly incomplete.. I'm still working on my masterpiece and I.. I wanna hang with the greatest gotta.. Way to go, but it's worth the wait, no.. You haven't seen the best of me.. I'm still working on my masterpiece ~Jessie J - Masterpiece~