Saturday 9 January 2016

Belajar Berniaga @ Junction at Eleven


JUNCTION AT ELEVEN


Address:

Lot B, Jalan Wau 11/1 Section 11,
40100 Shah Alam, Selangor.

Operating Hours:
5.00pm - 1.00am
(Tuesday - Sunday)


Deli & Drinks is the anchor tenant. Ada 9 stall lain yang menjual pelbagai jenis makanan. My brother-in-law's stall is no 2 from left. My BIL and his wife memang dah ada pengalaman dalam bidang catering, dan memang bercita-cita nak buka kedai makan sendiri, jadi berniaga di Junction@11 ni boleh dijadikan sebagai platform untuk buka kedai sendiri di masa akan datang. Insyaallah.

Let me brief about stall-stall yang ada kat sini.

Anchor tenant : Deli & Drinks
Gerai no 1 : Char Kuey Teow
Gerai no 2 : Dessert
Gerai no 3 : Laksa
Gerai no 4 : Soup
Gerai no 5 : Hot Dog
Gerai no 6 : Yong Taufu
Gerai no 7 : Pisang Goreng Cheese
Gerai no 8 : Aneka Kuih
Gerai no 9 : Satay


Jika singgah di sini jangan lupa dongak ke atas. Ada banyak colourful tanglung bergantungan. They bring special character to this place. Ambiance yang menarik dan selesa.


At first my BIL and wife nak jual nasi ayam, mee sup dan tauhu sumbat. Tapi selepas perbincangan, they need to jual desserts sebab gerai no 2 memang dikhaskan untuk menjual desserts.  So, out the nasi ayam, in the churros.

My brother-in-law and his forever control macho looks. HAHAHAA.. Anak dah dua!


This was the first time mereka mula berniaga. Sempat merasa nasi ayam dan bihun supnya yang marvelous. They said that they needed an assistant so I volunteered because I have nothing to do at home and I kinda like meniaga makanan. 

Job description : Tukang Churros

Jadi bermulalah kisahku sebagai tukang churros. HAHAHAA... Oleh kerana dah lama tak buat kerja berat, badan manja-manja, mulalah sakit badan bila balik rumah. Nasib baik ada tukang urut berbadan sasa kat rumah. Kesian Mr Hubby setiap malam kena jadi tukang urut.


Kalau nak tahu, Kak Jue tak pernah jual Churros jadi resepi pun resepi Google and alter sendiri. Sekejap batter lembut, sekejap batter keras. Yang jadi mangsa adalah tukang churros kerana if batter tak lembut, boleh cramp jari nak tekan keluar dari piping bag. FIUHH..


Bahagian menghias pula serahkan pada my BIL. Orang creative memang cepat dan cantik je dia menghias pinggan. Sedap mata memandang, sedap juga mulut merasa. Eh puji produk sendiri pulak.



Memang seronok bila order datang bertalu-talu. Memang tak menang tangan. Dan kami memang sediakan churros by order supaya boleh makan panas-panas dan rangup di luar lembut di dalam. Macam-macam request yang datang, nak yang kosong, tak nak aiskrim, cokelat lebih dan banyak lagi. Tapi apa-apa pun kami happy sediakan churros.

Alhamdulillah feedback yang kami dapat amat memberangsangkan.


Selain churros with icecream, kami juga jual chocolate cake with icecream, carrot cake with icecream dan banana split. Semuanya ada icecream. HIHIHII... 

Buat masa sekarang, kami mengalami sedikit masalah teknikal dan tidak beroperasi kecuali Deli and Drinks. Harapnya 15hb Januari 2016 kami akan kembali beroperasi sepenuhnya. Insyaallah. 

Jemput datang ye!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wELcomE

I still fall on my face sometimes and I.. Can't color inside the lines 'cause.. I'm perfectly incomplete.. I'm still working on my masterpiece and I.. I wanna hang with the greatest gotta.. Way to go, but it's worth the wait, no.. You haven't seen the best of me.. I'm still working on my masterpiece ~Jessie J - Masterpiece~